Saturday, February 25, 2012

JOHOR BAHRU: Bukan saja tidak menjenguk ibu bapa di pusat jagaan, malah kira-kira 70 peratus ahli keluarga bersikap lepas tangan berkaitan kebajikan golongan berkenaan kerana gagal tampil memberi sebarang bentuk sumbangan bagi meringankan beban pusat jagaan.

Pengurus Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Norijah Bidin, 52, berkata, ia mengakibatkan pihak sepertinya terpaksa menggunakan simpanan keluarga selain bantuan daripada sumber lain bagi menampung perbelanjaan harian pusat jagaan.


“Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan kini memberi perlindungan kepada 70 warga emas termasuk pesakit kronik yang hilang upaya.

“Penjagaan yang diberikan kepada mereka mengambil kira tempat tinggal selesa, makanan seimbang selain layanan mesra,” katanya, semalam.


Norijah mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam berkaitan sikap lepas tangan lima anak seorang warga emas berusia 75 tahun dikenali sebagai Wak.


Wak pada mulanya keluar rumah sebelum menghuni pondok buruk di hutan di Kluang dan diselamatkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada 2010.

Pertengahan bulan lalu, lima beradik terbabit datang ke Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan untuk meminjamnya buat beberapa jam bagi menyelesaikan urusan pembahagian harta sebelum dikembalikan semula.


Perkara terbabit menyebabkan Wak tertekan kerana hasratnya bermesra dengan anak serta cucu tidak kesampaian.

Menurut Norijah, hanya 18 waris warga emas yang tinggal di pusat jagaan berkenaan memberi sumbangan bulanan.



PAK KASSIM CELOTEH

Haiii, dunia ni makin akhir zaman. Ada mak bapak, anak entah kemana. Ada anak, mak bapak entah kemana. Masing-masing semua nak tunjuk hero buang keluarga. Apa nak jadi ni yob hoiiiii???? Teruk bonar zaman la ni. Nak kata kejam, tak tahulah Pak Kassim. Nak kata tak sayang pun tak tahu jugak, sanggup ambik mak ayah semata-mata nak bagikan harta, lepas tu dibiarkan orang tua tu macam orang tua tu tak wujud.Apa punya anak ni? Ni anak manusia ka anak jin? Perangai kalahkan hantu. Apa kau tak ingatkah dulu masa kecik-kecik dulu, kau berak sapa basuhkan? bukan mak ayah ke? Kalau anak yatim piatu, lainlah, ni ada mak ayah elok, dihumbanye orang tua tu kat umah orang tua. Lepas tu bila anak ikut, katalah anak tak sayang mak ayah padahal dulu kau yang tunjukkan kat anak-anak, mak ayah bila dah tua letak kat umah orang-orang tua....

Yang mak ayah ni pun satu hal punya perangai. Anak tak sekepala sedikit, mulalah nak kata dah keje nanti belalah mak@ ayah kau tu. Aku ni biarkanlah. Apa punya kepala pikir ni? Awak tu mak bapak, patut tunjukkan cara pemikiran yang betul kat anak-anak, bukan pikir nanti dah tua nak jadi OSH (orang senang hati@tidur berbumbungkan langit bertilamkan tanah) apa punya pikirlah. Itulah kekadang sampai anak pun naik marah dengan pemikiran mak ayah. Gaduh dengan bini@suami, habis anak-anak jadi mangsa. Bila anak tu mula buat perangai, salahkan pasangan masing-masing padahal masing-masing bersalah, tak nak ngaku. Ego tinggi melangit kalahkan Menara KLCC. Apa punya trett!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment